Kaunseling bukan nasihat. Kaunselor atau Psikologis tidak akan memberi jawapan secara langsung terhadap semua persoalan klien. Kaunseling atau Konsultasi Psikologi adalah suatu proses membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi, dan ianya dilaksanakan secara profesional.

Kaunseling dan Konsultasi Psikologi yang ditawarkan oleh PIC adalah RAHSIA dan SULIT dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak kecuali dengan kebenaran Klien atau perintah Mahkamah dan perkhidmatan ini selaras dengan Akta Kaunselor 1998. 

Para Kaunselor mahupun Psikologis kami berpengalaman luas dan terlatih serta berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana (Master).