KELAS BIMBINGAN IQRA & ALQURAN

  • Pembelajaran dijalankan secara privasi (1 to 1 learning) dengan menekankan kepada konsep interaktif talaqqi musyafahah (pertemuan bersemuka langsung dengan meneladani bacaan guru)

 

  • Pengukuhan terhadap  konsep 3T dalam membina karakter mahir membaca Al-Quran iaitu Tilawah, Tajwid dan Tahsin.

 

  • Konsep pembelajaran yang meraikan dominasi karakter pelajar yang terkandung dalam dalam kod PIC. (Pelajar perlu menjalani Ujian Personaliti Biometrik (Kod PIC) untuk mengetahui kaedah pembelajaran & pengajaran yang sesuai mengikut Personaliti Genetik.

 

   Objektif Kelas Bimbingan Iqra & Al-Quran Di PIC

  • Melahirkan pelajar yang mahir membaca Al-Quran dengan  menyempurnakan sebutan makhraj dan sifat huruf yang tepat.

 

  • Melahirkan pelajar yang dapat membaca Al-Quran dengan penguasaan asas ilmu tajwid seperti hukum Nun Sakinah dan Tanwin, hukum Mim Sakinah serta hukum Mad.

 

  • Melahirkan pelajar yang dapat membaca Al-Quran dengan lancar dan fasih sebagaimana ia diturunkan dalam bahasa arab (lisan al-Arabiy).  

 

Siapa Yang Perlu Belajar Al-Quran Di PIC?

  1. Ibu bapa yang ingin anak-anak mereka mahir dan mampu menguasai ilmu pembacaan Al-Quran.
  2. Orang dewasa yang ingin memperbaiki mutu bacaan al-Quran.
  3. Mereka yang inginkan privasi dan fokus bimbingan secara individu dalam Mempelajari Al-Quran.
  4. Individu yang mahu belajar semula Iqra dan Al-Quran

 

 

 

 

اقرأوا الْقُرْآن فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْم الْقِيَامَة شَفِيعًا لأَصْحَابه

“Bacalah Al-Quran, kelak ia akan datang pada Hari Kiamat memberi syafaat kepada para pembacanya.” (Hadis Riwayat Imam Muslim