Suatu Kaedah penilaian personaliti yang berdasarkan kepada biometrik (cap jari) individu seawal umur kanak-kanak 3 tahun. Kaedah ini berkesan untuk mengetahui potensi serta personaliti tanpa menggunakan kertas dan pensil, di mana ianya terbukti 90% konsisten serta boleh dipercayai.

Melalui ujian ini ...Klien boleh mengetahui potensi termasuk kekuatan dan kelemahan diri berdasarkan Kod Personaliti Biometrik  dengan menggunakan Ujian Biometrik Cap Jari.

Ujian ini juga klien boleh mengetahui 
1) Makanan sunnah terbaik untuk mereka (sesuai untuk pemulihan)
2) Kekuatan semulajadi anda
3) Cara belajar / mengingat
4) Sasaran Diri secara semulajadi
5) Tabiat terhadap wang
6) Klu diri 
7) language of love 
8) teori Takluk dan menakluk

Ujian ini sesuai untuk membantu dalam : -
1) Anak berkeperluan khas
2) Motivasi Diri
3) Parenting
4) Masalah Peribadi
5) Kaedah belajar
6) Pra Perkahwinan
7) Perkahwinan

UJIAN PERSONALITI - BIOMETRIK

Myers Briggs Type of Indicator (MBTI)
Satu indikator penilaian psikologi bagi melihat kecenderungan minat, nilai keinsanan diri dan bakat unik yang terdapat dalam individu, khusus bagi individu yang normal (tidak mengalami kecelaruan mental). MBTI telah digunakan di sebanyak 70 buah Negara seluruh dunia, dengan sekurang-kurangnya 2 juta orang melaksanakan ujian ini setiap tahun. 
MBTI telah dapat membantu dalam pemilihan kerjaya, perhubungan, tekanan dan penyelesaian masalah.
MBTI bakal memperlihatkan kecenderungan individu terhadap:-
a) Bagaimana mengarahkan serta menerima tenaga dalam diri; 
b) Bagaimana individu menerima serta memproses maklumat dan informasi yang diperolehi;
c) Bagaimana membuat keputusan terhadap sesuatu perkara;
d) Bagaimana individu memberikan reaksi terhadap dunia persekitarannya.
Terdapat 16 jenis kod personaliti yang berbeza kekuatan serta kelebihan pada individu, bakal klien ketahui sekiranya melaksanakan MBTI. MBTI telah membuktikan pada aras 85% ianya adalah sah serta boleh dipercayai. 
Di PIC, MBTI akan dilaksanakan secara online mahupun bertulis, ditadbir serta diberi penerangan oleh Pengamal berdaftar (Certified Practitioner) dengan The Myers Briggs Company Singapura

UJIAN PERSONALITI - MBTI